Tips Menaikkan Seri Hantaran Buah-buahan

wah kali ini tajuk seperti artikel dalam majalah Mingguan Wanita pula.

dalam keluaran ini ahkak ingin berkongsi tips untuk menceriakan lagi buah-buahan yang dijadikan sebagai hantaran. mungkin ada antara adik-adik yang sudah maklum akan perkara ini, namun bagi adik-adik yang masih belum tahu, bolehlah membaca dengan lebih lanjut. adik-adik yang sudah tahu juga boleh membaca dan anggaplah ia sebagai satu sesi ulangkaji pelajaran.

bagaimana untuk menaikkan seri buah-buahan supaya hantaran adik-adik kelihatan lebih meletop boom boom bang?

mudah sahaja – lumurkan sedikit minyak masak ke seluruh permukaan buah-buahan itu. ya, sedikit sahaja – secalit minyak sudah memadai untuk sebiji epal. 🙂

gambar-gambar di bawah adalah contoh hasilnya.

 Pandangan Hadapan

Gambar diambil oleh Ahmad Izzat Latip dari PixelMedia

Pandangan Atas

Gambar diambil oleh Huzaifah Shahrir, sepupu ahkak.

selamat mencuba!

***

ni hantaran sapa ni kak?

akak punye ni, masa tunang hari tu. daripada pihak perempuan kepada pihak lelaki.

buat kat mana ni kak?

kat De Classaflora, Taman Dagang, Ampang

bunga plastik je ke? apsal tak pakai fresh flower?

biasa la, bajet. janji buah ahkak tu boom boom bang. ok la kan?

***

nota:  kaedah ini kurang sesuai untuk diaplikasikan kepada buah nenas, durian atau kelapa tua. harap maklum.

p.s.:  wimax jahat.

p.p.s.: just noticed ijad took the photo using ISO 1000. no grain at all. adoyai.

16 thoughts on “Tips Menaikkan Seri Hantaran Buah-buahan

  1. Masa i tunang dulu pun, buah2 sapu ngan minyak. Memang cantek i tell ya! hiks. But takleh letak bnyk2 sgt ats dulang la, nanti tak nampak exclusive plak 😉

  2. weda, pakai butter pun boleh jugak! (tak tau apa nak komen sebenarnya…tgk komen yg kat atas tu jer then tulis balik…)

    p.s : dulu aku kehabisan minyak masak nak masak nasik goreng, so aku pakai dorina dan aku namakan hidangan aku tu ‘nasik goreng dorina’. bunyi macam sedap tapi rasa hampeh sebab kalau makan lewat-lewat nasik jadi keras.

    p.p.s : p.s aku lagi panjang dari komen…

  3. oooo…dah paham dah…kalau nak bagi hantaran tu cantik, sapu dengan minyak….baiklah…akan ku sapu semua hantaran yang ada tu dengan minyak! mesti cantik sirih junjung, kek, tuala bentuk kupu-kupu dan duit yang telah dilipat bebrbentuk nenas tu nanti!

    • wuhuuu nanti sirih junjung gua lu boleh tolong sapukan jugek la kan minyaknya. btw seperti yang pernah dibincangkan dahulu, gua nak lantik lu jadik boss utk hantaran nanti. hantaran lu jaga. bleh ke 😀

Leave a reply to Wahida Yaakub Cancel reply